ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 
Khamis, 25 Oktober 2012

Majalah Ilmiah mampu menjana Pendidikan

              Pada era yang serba maju ini, penjualan majalah dan buku-buku bukan sahaja dapat kita lihat di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan lain-lain lagi secara langsung, malahan kita dapat membeli pelbagai jenis buku dan majalah secara tidak langsung iaitu melalui internet, telefon, faks dan sebagainya.

                Penjualan Majalah Gen-Q (Generasi Al-Quran) di sekolah semakin mantap. Bukannya menjual majalah sebarangan seperti majalah hiburan, tetapi majalah yang dapat mendidik remaja dari segi rohani dan sahsiah. Hal ini demikian dapat membentuk akhlak yang mulia dalam diri setiap pelajar. Pada masa yang sama, impak daripada pembentukan ini, pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana dan keadaan yang selesa. Bayangkan sekiranya suasana di dalam kelas huru - hara, bising dan dalam keadaan yang membosankan, tambahan lagi dengan pelajar-pelajar yang tiada perasaan dan semangat ingin belajar pastinya dapat mempengaruhi perasaan negatif ini kepada pelajar lain. Secara ringkasnya, dengan pembacaan majalah atau buku ilmiah misalnya majalah Gen-Q ini dapat menjana pendidikan.

             Harga majalah Gen-Q ini hanya RM 7.00 (semenanjung Malaysia). Sebuah terbitan Telaga Biru Daripada anda membeli barang dan buku-buku komik yang melekakan lebih baik anda membeli sesuatu yang memberi manfaat kepada anda seperti Majalah ini yang turut dijual di SMKIS. Majalah ini majalah yang kontemporari dan baru diterbitkan pada tahun ini.

Apakah yang menarik sangat dengan Majalah Gen-Q ini?

                Antara kolum yang menarik ialah Taman Hadis, Isu, Tanyalah Cikgu, di sini anda boleh bertanyakan apa-apa yang bercelaru atau yang terpendam di jiwa kepada Cikgu Yaser Mohd Akhir. Ruang yang paling menarik sekali ialah Warkah Abang Long. Kenapa? Sebab ilustrasi sebagai gambaran pada 'warkah' yang ditulis menarik dan menghiburkan hati serta 'warkah'nya yang mudah serap di hati. Terdapat juga Qalbu Salim, karya A. Ubaidillah Alias, Grup Pintar, Dari Mata Turun ke Hati, DIY (Did It Yourself), Uswah, Karier, Tuhfatul Ikhwan dan banyak lagi. Nak sebut tak terkata kerana padat dengan ilmu yang dapat mendidik jiwa. Lebih-lebih lagi bahagian iklan buku-buku Telaga Biru yang dimuatkan di muka belakang kulit depan majalah dan di kulit belakang majalah yang sungguh bermanfaat. Majalah ini, saiznya hanya sederhana kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Walaupun demikian, majalah ini sungguh padat dengan ilmu.
             
                 Pada era ini sememangnya terdapat dan terhasilnya buku-buku dan majalah yang menarik dan mantop. Lebih-lebih lagi, penulis-penulisnya yang sangat mantap dan terbaik yang sudah dikenal ramai. Perkembangan terkininya sudah banyak buku-buku yang diterbitkan sungguh menarik dan banyak kebaikan.

Anda juga boleh mengikuti and menge'like' Komuniti Gen-Q di sekolah kami : Click di SINI
dan Majalah Gen-Q terbitan Telaga Biru : Click di SINI :)
Ustaz Zahazan : Click di Sini

Majalah Isu No. 15 Pada Bulan ini... Apa tunggu lagi.. Jom beli,

Muda hanya sekali???
Muda sebenarnya 2 kali ; muda pertama di dunia dan muda kedua di akhirat.

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome