ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

 

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

 

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

 

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

 

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 

 

 
 
 
 
 
 
 

 

 





 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 

 

 

 

 

 
 

Khamis, 1 November 2012

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM)

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM)



Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah dijalankan pada 1 November 2012 di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Pada peringkat awal, sebanyak 45 buah sekolah menengah telah menghantar penyertaan. Walau bagaimanapun hanya 10 buah sekolah telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pertandingan ini telah diadili oleh empat orang hakim yang bijaksana. 

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Kebaikan dan keburukan Facebook

Kebaikan dan keburukan Facebook

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada era globalisasi ini, penggunaan laman sosial seperti Facebook semakin berkembang dalam kalangan penduduk Malaysia mahupun seluruh dunia.Terdapat berberapa kebaikan dan keburukan.
      Antaranya adalah berfacebook boleh merapatkan perhubungan antara sahabat handai, saudara mara dan keluarga yang tinggal jauh kerana mudah berhubung walau dimana mereka berada dengan lebih cepat dan pantas.

Disamping itu boleh menambah kenalan dan bersua kembali sahabat lama yang bertahun-tahun terpisah.Ada juga yang membenih rasa cinta dan setia di ikatan perkahwinan atau percintaan sesama rakan facebook.
 
Dengan berfacebook juga kita dapat bertukar-tukar fikiran, memperolehi kenangan lama, berkongsi suka dan duka.Pelbagai cara kita boleh memperolehi maklumat melalui kenyataan, bualan, video dan gambar-gambar yang dipaparkan oleh kawan dan rakan.

Namun dalam sesuatu kebaikan itu wujud juga keburukan berfacebook seperti menyalah gunakan facebook untuk mengumpat keji, menghina rakan yang tidak sehaluan, menyumpah seranah serta memburukkan seseorang. 

Tidak kurang juga melahirkan golongan tertentu mengaut laba keuntungan, penipuan atau menggalakkan perkelahian. Berfacebook tanpa ilmu juga boleh membazirkan masa kerana terlalu lama melayari facebook terjebak dalam ketagihan.

Kelekaan berfacebook sehingga lupa mengerjakan atau lewat menjalani kewajipan perintah Tuhan.Melanggar arahan ibubapa dan membelakangi nilai moral serta melanggar tatasusila adat dan resam.

Kakitangan di pejabat juga ada yang mencuri masa bekerja mengambil kesempatan berfacebook yang menyebabkan tugasannya tertangguh.Ada dikalangan mereka lebih mengutamakan berfacebook dari bekerja.
 
Oleh itu dalam mengejar kebaikan Facebook, janganlah kita leka, lalai dan lupa pada keburukannya. Pandai-pandailah kita mengisi masa berfacebook.Baik buruknya terletak pada hati dan kebijaksanaan menilai dan mengurus masa.
  
Kesimpulannya sebaik-baik dan seelok-eloknya facebook digunakan untuk mempereratkan hubungan dan  pelbagai faedah kebaikan untuk diri dan masyarakat serta elakkan penyalahgunaan facebook yang  adakalanya membenih permusuhan dan kemusnahan.

Tepuk dada tanya selera !

credit : tokwanmatarun

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

ulasan buku : A doctor In The House karya Tun Dr. Mahathir

A Doctor In The House karya Tun Dr. Mahathir

Oleh Jamhariah Jaafar
BERITA HARIAN, 12 MAC 2011




Beliau diberi pelbagai nama dan label – diktator, Melayu ultra, rasis, keras kepala – namun pemimpin ini yang naiknya penuh dengan cabaran, perjalanan politiknya amat berliku dan turunnya penuh dengan kejutan diiringi dengan air mata, sebelum disisih sekali lagi dan kini masih memerhati dengan serius setiap gerak pembangunan negara. Terkenal di seluruh dunia – bukan sebagai ‘pak turut’ tetapi sebagai pemimpin lantang, tidak gentar meluahkan pandangan, berani mengubah dasar antarabangsa negara, tegas apabila berhadapan dengan pemimpin besar dunia kelas pertama dan paling penting meletakkan Malaysia serta bangsa Melayu di persada yang luar biasa hebatnya. Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad – perjalanan hidupnya penuh dengan cerita. Setiap langkah diambil mengambil kira kemajuan anak bangsa dan negara. Beliau pernah dipecat daripada parti (UMNO) tetapi keberanian dan ketegasannya dihormati ramai, dipuji hebat, dikritik dan dikutuk dengan amat sadis namun setiap kali hampir tersungkur dia akan bangun dengan lebih gah daripada sebelumnya


Ramai tidak faham kebanyakan tindakan dan keputusan. Ramai tertanya-tanya mengapa Dr Mahathir berbuat itu dan ini sepanjang pentadbiran selama 22 tahun, terutama mengapa beliau kelihatan mempunyai begitu banyak musuh daripada Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan paling kritis, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Semua soalan akhirnya menerima jawapan. Penyokong, peminat dan musuh akhirnya mengetahui isi hati pemimpin paling kontroversi dan paling gah dalam sejarah Malaysia melalui buku yang ditulisnya sendiri A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.  Buku setebal 843 muka surat ini bukan saja menceritakan kisah hidupnya, bahkan menjelaskan segala persoalan mengenai pelbagai isu, kes dan peristiwa, termasuk asal usul sejarah yang berkaitan.  Membuka tirai bab pertama ‘Menjadi Perdana Menteri’ (Becoming Prime Minister), Dr Mahathir menggarapkan pelbagai peristiwa pahit manis sejak beliau mula menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981.

Bab ‘I am A Malay’ (Saya Seorang Melayu) membuatkan mata berkaca, kerana sudah agak lama tidak mendengar negarawan ini berucap – membakar semangat sebagai anak Melayu yang tidak gentar untuk menghadapi apa juga cabaran dan halangan.  Dr Mahathir menyentuh mengenai Tanah Melayu yang dijajah selama 450 tahun membuatkan bangsa Melayu tidak pernah menjadi tuan di negara sendiri, pengenalan Malayan Union oleh British adalah kes pertama di mana bangsa Melayu bangkit menentang secara lantang.  Penceritaannya di dalam setiap bab amat mengagumkan. Mungkin ada nama yang disebut tidak setuju dengan penjelasan diberi, namun setiap pihak mesti tahu ini adalah luahan daripada persepsi Dr Mahathir.  Semua kes dan isu, termasuk membabitkan permusuhannya dengan Tunku Abdul Rahman, hubungan dengan pemimpin UMNO, tragedi yang memecah belahkan UMNO pada 1987, kes membabitkan pemecatan Ketua Hakim Negara, Ops Lalang, Perwaja, malahan cerita mengenai Anwar Ibrahim – dari zaman pelajar, memasuki UMNO sehingga beliau dipecat – ditulis dengan jelas.

Walaupun ada kenyataan dan cerita yang nampak berulang, namun ia tidak mencacatkan buku ini kerana ia adalah cara Dr Mahathir untuk memastikan setiap pembaca tahu apa yang dimaksudkan.  Jika membaca dengan ikhlas, ramai dapat melihat Dr Mahathir juga adalah seorang manusia biasa yang penuh dengan angan-angan, impian, kebimbangan dan disulami dengan kasih sayang sebagai seorang pemimpin, bapa dan suami.  A Doctor In The House adalah sebuah memori yang wajib dimiliki setiap rakyat Malaysia. Ia bukan saja buku yang menceritakan pemikiran seorang pemimpin agung negara, bahkan mengandungi sejarah yang selama ini hanya sekadar cakap dengar (hearsay).

credit : Farihinzul

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Tentang tidur

Fakta Menarik Tentang Tidur




Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. 

Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja. 

Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh.

Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue. 

=>Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari. 
=>Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 
=>Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan. 
=>Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 
=>Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti. 
=>Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 
=>Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. 
=>Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 
=>Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah. 
=>Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar. 
=>Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua. 
=>Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 
=>Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 
=>Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.”

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Sila layari:-
http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-tidur.html?

credit : Mari Belajar

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Pencapaian Pusat Sumber SMKIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pusat Sumber Sekolah juga telah menyertai Pertandingan JEJAK MAKLUMAT PERINGKAT NEGERI MELAKA di Dataran Bestari BTP. Melaka. pada 30 Oktober 2012



Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Rabu, 31 Oktober 2012

10 Best Values in Private Colleges Under $20K

Assalamualaikum dan salam sejahtera

A college education -- even at a top private college or university -- doesn't have to cost you an arm and a leg. Here are ten private schools from Kiplinger's 100 Best Values in Private Colleges and Universities where the net price tag per student -- the annual cost (tuition, fees, room and board, and books) to students after financial aid -- is $20,000 a year or less. 

Seven of the ten offer a net price that's well below the average annual price (about $17,000) of a public in-state education. 

These schools share a commitment to making college affordable, but they also represent private education in all its variety. The list includes two Ivy League schools, four with a religious orientation, two with fewer than 600 undergraduates and one that trumps all the others for the remarkable deal it offers every student: free tuition for all four years. Take a look.

1. Berea College


Location: Berea, Ky. 
Undergraduate enrollment: 1,661
Total cost: $7,646 (for room and board, fees and textbooks) 
Average need-based aid: free tuition plus $5,005 
Average net cost: $2,641 
Kiplinger's rank: #98 among liberal-arts colleges 

This school stands out not only for the generosity of its financial-aid program but also for its commitment to providing a college education to students with need. Berea admits only students who qualify for need-based aid; every student receives a full tuition scholarship worth almost $100,000 over four years. Students are also eligible for other grants or scholarships, bringing the total annual net price of this four-year residential college below the average annual cost of a two-year public college.

2. Brigham Young University


Location: Provo, Utah 
Undergraduate enrollment:30,684 
Total cost: $17,552 (non-Mormon); $12,842 (Mormon) 
Avg. need-based aid: $5,333 
Avg. net cost: $12,219 (non-Mormon); $7,509 (Mormon) 
Kiplinger's rank: #34 among private universities 

Sponsored by the Church of Jesus Christ of Latter-day Saints, Brigham Young gives a price break to Mormons but makes no distinction between Mormons and non-Mormons when it comes to its financial aid awards. And its sticker price -- the second-lowest, after Berea College, on both our private university and liberal arts college lists -- is a bargain no matter what the student's religion. Over 98% of those attending BYU are members of the LDS church; the remainder represent 25 faiths.

3. Principia College


Location: Elsah, Ill. 
Undergraduate enrollment: 542 
Total cost: $36,060 
Average need-based aid: $23,055 
Average net cost: $13,005 
Kiplinger's rank: #55 among liberal-arts colleges 

Part of a campus that also includes pre-kindergarten, elementary school and high school, Principia College bases its philosophy on Christian Science tenets but is not affiliated with the Christian Science Church. It awards need-based aid to about half of its students and merit aid -- an average of $14,885 -- to 26% of students who do not qualify for need-based aid. Principia's 2,600-acre campus overlooks the Mississippi River; many of its buildings were designed by Bernard Maybeck, a renowned architect of the Arts and Crafts movement.

4. Amherst College


Location: Amherst, Mass. 
Undergraduate enrollment: 1,791
Total cost: $55,098 
Average need-based aid: $41,991 
Average net cost: $13,107 
Kiplinger's rank: #4 among liberal-arts colleges 

Founded in 1821 for "indigent young men of piety," Amherst eventually expanded its enrollment to include both men and women, of diverse backgrounds. But it continues to fulfill its mission by awarding generous financial aid to students with need. Amherst accepts students regardless of their ability to pay and meets 100% of need for students who qualify. Its no-loan financial aid policy allows those who borrow to graduate with less than $13,000 in average debt, less than half the national average.

5. Harvard University



Location: Cambridge, Mass. 
Undergraduate enrollment:6,676 
Total cost: $55,496 
Average need-based aid: $42,229 
Average net cost: $13,267 
Kiplinger's rank: #6 among private universities 

The most competitive of the Ivy League schools (only 6% of applicants are admitted), Harvard is also one of the most generous: More than 60% of undergraduates receive aid, and students whose families earn less than $65,000 pay nothing for this coveted education. Harvard has increased its financial aid by more than 70% in the past five years; this year, it dispensed a total of $172 million. Like many elite schools, Harvard restricts its awards to students who qualify for need-based aid.

6. Yale University


Location: New Haven, Conn. 
Undergraduate enrollment:5,349 
Total cost: $52,700 
Average need-based aid: $38,914 
Average net cost: $13,786 
Kiplinger's rank: #1 among private universities 

Yale's lavish endowment -- $19.4 billion, as of June 30, 2011 -- means it has plenty of money to offer in financial aid, and it spreads the wealth. Yale meets 100% of financial need and provides it in no-loan packages, at an average of almost $40,000; students who borrow here graduate with less than $10,000 in average debt, among the lowest on our lists of private universities and liberal arts colleges. Although Yale does not award non-need-based aid, its definition of need is expansive, extending to families earning up to $200,000 a year.

7. Stanford University



Location: Stanford, Cal. 
Undergraduate enrollment:6,988 
Total cost: $56,008 
Average need-based aid: $39,105 
Average net cost: $16,903 
Kiplinger's rank: #8 among private universities 

Thanks to world-class academics and an idyllic, historic campus in the Palo Alto area, 34 miles from San Francisco, this outstanding university attracts top students from around the world. Its admission rate (7%) is second only to Harvard for competitiveness. Stanford is one of the relatively few elite institutions to offer merit aid (an average of $5,701), but it saves most of its largesse for students with need, in no-loan financial aid awards that average almost $40,000.

8. Thomas Aquinas College


Location: Santa Clara, Cal. 
Undergraduate enrollment: 358 
Total cost: $31,850 
Average need-based aid: $14,407 
Average net cost: $17,443 
Kiplinger's rank: #61 among liberal-arts colleges 

This tiny Catholic college offers a religion-based, liberal arts education and a gorgeous setting near the Los Padres National Forest, about 70 miles northwest of Los Angeles. Although the college does not offer merit aid, about three-fourths of its students qualify for need-based aid; Thomas Aquinas meets 100% of need. Students who don't qualify for financial aid benefit from the school's relatively modest sticker price, among the lowest on our lists of private colleges and universities.

9. Wofford College



Location: Spartanburg, S.C. 
Undergraduate enrollment: 1,536
Total cost: $45,675 
Average need-based aid: $27,668 
Average net cost: $18,007 
Kiplinger's rank: #36 among liberal-arts colleges 

One of the few pre-Civil War colleges to have operated continuously on the same campus since its founding, Wofford awards generous need-based aid to more than half of its students, knocking the average price after aid to less than half of the sticker price. But you don't have to qualify for need-based aid to get a break here: Wofford also offers an average of $14,432 in grants and scholarships to about two-thirds of the students who receive no other aid.

10. Pepperdine University


Location: Malibu, Cal. 
Undergraduate enrollment: 3,474 
Total cost: $56,872 
Average need-based aid: $38,389 
Average net cost: $18,483 
Kiplinger's rank: #47 among private universities 

Founded in 1937 and dedicated to affirming Christian values, this school accepts students of all faiths. Pepperdine began life as a college and became a university in 1970; it opened its current Malibu campus, on 830 acres overlooking the Pacific Ocean, in 1972. Students here are eligible for both need-based and non-need-based aid; 75% receive some form of help with the college bills.

Reference : 

http://finance.yahoo.com/news/10-best-values-in-private-colleges-under--20k-25553614.html?page=2




Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Khamis, 25 Oktober 2012

Majalah Ilmiah mampu menjana Pendidikan


              Pada era yang serba maju ini, penjualan majalah dan buku-buku bukan sahaja dapat kita lihat di kedai-kedai buku seperti MPH, Popular dan lain-lain lagi secara langsung, malahan kita dapat membeli pelbagai jenis buku dan majalah secara tidak langsung iaitu melalui internet, telefon, faks dan sebagainya.

                Penjualan Majalah Gen-Q (Generasi Al-Quran) di sekolah semakin mantap. Bukannya menjual majalah sebarangan seperti majalah hiburan, tetapi majalah yang dapat mendidik remaja dari segi rohani dan sahsiah. Hal ini demikian dapat membentuk akhlak yang mulia dalam diri setiap pelajar. Pada masa yang sama, impak daripada pembentukan ini, pelajar-pelajar dapat belajar dalam suasana dan keadaan yang selesa. Bayangkan sekiranya suasana di dalam kelas huru - hara, bising dan dalam keadaan yang membosankan, tambahan lagi dengan pelajar-pelajar yang tiada perasaan dan semangat ingin belajar pastinya dapat mempengaruhi perasaan negatif ini kepada pelajar lain. Secara ringkasnya, dengan pembacaan majalah atau buku ilmiah misalnya majalah Gen-Q ini dapat menjana pendidikan.

             Harga majalah Gen-Q ini hanya RM 7.00 (semenanjung Malaysia). Sebuah terbitan Telaga Biru Daripada anda membeli barang dan buku-buku komik yang melekakan lebih baik anda membeli sesuatu yang memberi manfaat kepada anda seperti Majalah ini yang turut dijual di SMKIS. Majalah ini majalah yang kontemporari dan baru diterbitkan pada tahun ini.

Apakah yang menarik sangat dengan Majalah Gen-Q ini?

                Antara kolum yang menarik ialah Taman Hadis, Isu, Tanyalah Cikgu, di sini anda boleh bertanyakan apa-apa yang bercelaru atau yang terpendam di jiwa kepada Cikgu Yaser Mohd Akhir. Ruang yang paling menarik sekali ialah Warkah Abang Long. Kenapa? Sebab ilustrasi sebagai gambaran pada 'warkah' yang ditulis menarik dan menghiburkan hati serta 'warkah'nya yang mudah serap di hati. Terdapat juga Qalbu Salim, karya A. Ubaidillah Alias, Grup Pintar, Dari Mata Turun ke Hati, DIY (Did It Yourself), Uswah, Karier, Tuhfatul Ikhwan dan banyak lagi. Nak sebut tak terkata kerana padat dengan ilmu yang dapat mendidik jiwa. Lebih-lebih lagi bahagian iklan buku-buku Telaga Biru yang dimuatkan di muka belakang kulit depan majalah dan di kulit belakang majalah yang sungguh bermanfaat. Majalah ini, saiznya hanya sederhana kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Walaupun demikian, majalah ini sungguh padat dengan ilmu.
             
                 Pada era ini sememangnya terdapat dan terhasilnya buku-buku dan majalah yang menarik dan mantop. Lebih-lebih lagi, penulis-penulisnya yang sangat mantap dan terbaik yang sudah dikenal ramai. Perkembangan terkininya sudah banyak buku-buku yang diterbitkan sungguh menarik dan banyak kebaikan.

Anda juga boleh mengikuti and menge'like' Komuniti Gen-Q di sekolah kami : Click di SINI
dan Majalah Gen-Q terbitan Telaga Biru : Click di SINI :)
Ustaz Zahazan : Click di Sini


Majalah Isu No. 15 Pada Bulan ini... Apa tunggu lagi.. Jom beli,

Muda hanya sekali???
Muda sebenarnya 2 kali ; muda pertama di dunia dan muda kedua di akhirat.


Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Jumaat, 19 Oktober 2012

UniKL MICET

Kimia dan Bioengineering Teknologi 



Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Teknologi Kimia dan Biokejuruteraan (UniKL MICET) adalah sebuah institusi perintis pengajian tinggi di negara ini yang menyediakan tangan mengenai pendidikan berasaskan teknologi kimia. Terletak dalam lingkungan Lembah Bio Malaysia, kursus-kursus yang memberi penekanan yang tinggi pada interaksi antara latihan sains dan teknologi dan pengalaman industri dengan kandungan kursus yang kerap dikaji semula selaras dengan perubahan keperluan industri.

Kampus UniKL yang dilengkapi dengan teknologi terkini. Infrastruktur kami disokong oleh state-of-the-art peralatan, makmal dan bengkel. Teknologi Tinggi IT dan studio multimedia adalah bukti kepada komitmen kepada kecemerlangan UniKL. Berikut adalah beberapa kemudahan cemerlang yang kita ada

  • Bilik (Teater Kuliah / Perbincangan / Latihan / Bilik Mesyuarat / Dewan)
  • Hanagr (Penerbangan)
  • Yard Dok (Marine & Shipbuilding)
  • Makmal
  • Bengkel
  • Perpustakaan
  • Sukan dan rekreasi

Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute Teknologi Kimia & Biokejuruteraan (UniKL MICET)
Lot 1988 Taboh Naning, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Tel: 606-551 2000 / Fax: +606 - 551 2001

Info lanjut sila layari
UniKL MICET




Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Selasa, 9 Oktober 2012

Penggunaaan LCD dalam P & P Pada Era Kontemporari Mampu Menjana Pendidikan

                Dalam era kontemporari kini, sudah ramai yang kita lihat terutamanya para guru menggunakan LCD dalam P & P. Tidak perlu melihat jauh, lihat sahaja di sekolah masing – masing, hampir kesemua subjek yang menggunakan LCD. Sama ada dalam subjek Sejarah, Ekonomi Asas, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, pendek kata majority subjek di sekolah. Apakah manfaat penggunaan LCD ni sehingga majoriti guru menggunakannya?? Hah…. Mari kita selongkar bersama-sama, apakah manfaat  atau kebaikan menggunakan LCD ini.  Sebelum kita selongkar manfaat LCD, tahukah anda maksud LCD??

LCD adalah singkatan daripada Liquid Crystal Display (LCD). 
Antara manfaat menggunakan LCD terutamanya dalam kelas ialah,  memudahkan pelajar untuk memahami apa yang disampaikan oleh guru. Misalnya sewaktu dalam kelas Sejarah, jika dibandingkan antara buku teks sejarah dengan penggunaan LCD pastinya penggunaan LCD yang lebih berkesan dan mantap. Hal ini demikian kerana, dalam buku teks, penerangannya yang sememangnya padat dan panjang lebar dan agak membosankan serta mengantuk berbanding dengan menggunakan LCD, guru sedia ada mengasingkan dan membua poin form, justeru itu, pelajar dapat membandingkan kesan, akibat dan sebagainya. Secara tidak langsung pembelajaran yang disampaikan masuk terus ke dalam otak dan pelajar mudah membuat nota.

                Seterusnya, dengan menggunakan pemancar ini, menjimatkan masa. Apa yang perlu dibuat hanya memancarkan sahaja dan menekan butang-butang yang patut. Hal ini demikian, secara langsung guru dapat mengajar dengan banyak disebabkan penjimatan masa kerana guru-guru tidak perlu menulis panjang lebar ni papan hitam dan tidak menghabiskan  dakwat marker pen. Penggunaan gambar dan ‘design’ slide atau apa-apa yang digunakan oleh guru mampu juga menarik minat pelajar untuk menumpukan perhatian.

Konklusinya, penggunaan LCD semasa p & p kontemporari turut menyumbang kepada pendidikan pada hari ini dan sebenarnya terdapat pelbagai kebaikan dan manfaat LCD.
Rasanya semua orang sedia maklum akan bagaimana rupanya LCD.. hah, mari kita jenguk gambar dibawah ini, kemudahan LCD yang disediakan di Bilik Tayang SMKIS, di mana bilik tayang juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab pusat sumber. Bukan sahaja terdapat kemudahan LCD ini di bilik tayang tetapi,  di bilik matematik, di dewan makan asrama dan banyak lagi.


Penggunaan LCD semasa subjek Ekonomi Asas di bilik tayang SMKIS





Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Selasa, 2 Oktober 2012

Uniknya Planet Di sekeliling Kita








  • Matahari adalah 300 000 kali lebih besar daripada bumi.
  • Planet Zuhrah adalah planet yang paling panas dalam sistem solar kita dengan suhu permukaan lebih daripada 450 darjah selsius.
  • Planet Zuhrah adalah planet yang paling panas dalam sistem solar kita dengan suhu permukaan lebih daripada 450 darjah selsius.
  • Disebabkan tarikan graviti yang rendah, seseorang yang berat badannya 100kg di Bumi akan menjadi hanya 38kg di permukaan Marikh
  • Udara di planet Zuhrah sebahagian besarnya terdiri daripada karbon dioksida. Saiznya kecil sedikit daripada Bumi. Ia juga mempunyai ciri-ciri graviti sama dengan Bumi. Permukaan planet Zuhrah selalunya digambarkan sebagai “gurun ribut”, penuh dengan lubang ledakan dan gunung berapi yang sangat aktif.
  • Marikh digelar sebagai planet merah kerana ia diliputi habuk seperti warna karat. Udaranya pun berwarna merah jambu, diwarnakan oleh butiran habuk kecil yang dilontar ke atas dari permukaan.
  • Zuhal merupakan planet kedua terbesar dalam sistem suria kita dan ia terdiri daripada gas hidrogen. Ia dikelilingi oleh sistem lingkaran yang mengunjur keluar ke angkasa lepas beribu-ribu kilometer. Lingkaran itu terdiri daripada berjuta-juta hablur air batu, ada yang sebesar sebuah rumah dan ada yang sekecil sebintik habuk
  • Uranus sukakan sedikit perbezaan. Ia menunjukkan jerebu biru/hijau yang indah disebabkan oleh tahap tinggi gas metana dan berguling seperti sebuah tong. Oleh sebab Uranus mengambil masa 84 tahun untuk mengelilingi matahari, ini bermakna setiap kutubnya berada selama 42 tahun siang dan 42 tahun malam berikutnya.
  • Neptun adalah planet yang besar, hampir empat kali saiz Bumi. Neptun adalah planet air yang besar dengan udara hidrogen-metana biru serta lingakaran yang kabur.

The Solar System:Planets  by Carrie Schwartz

   

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Fakta Badan Manusia

Fakta Badan Manusia

  • Otak menggunakan lebih daripada suku oksigen yang digunakan oleh badan manusia.
  • Jantung anda berdegup kira-kira 100,000 kali sehari, 36,500,000 kali setahun dan lebih berbilion kali jika anda hidup lebih daripada 30 tahun.
  • Sel darah merah membawa oksigen ke seluruh badan. Ia dihasilkan dalam tulang sum-sum anda. Ia berperanan penting mambawa darah ke seluruh tubuh anda.
  • Manusia mempunyai peringkat tidur yang menunjukkan pergerakan mata yang pantas (REM). Tidur REM merupakan kira-kira 25% daripada jumlah masa tidur dan selalunya apabila anda bermimpi dengan jelas.
  • Sebelah kiri badan anda dikawal oleh sebelah kanan otak anda sementara yang sebelah kanan dikawal oleh sebelah kiri otak anda.
  • Bayi mengelipkan matanya hanya sekali atau dua kali seminit sementara orang dewasa berkelip mata dengan purata kira-kira 10 kali seminit.
  • Badan manusia memerlukan zat besi untuk membantu menjalankan beberapa fungsi penting. Zat besi membantu membawa oksigen ke bahagian-bahagian badan dalam bentuk haemoglobin. Jika tidak mencukupi maka akan berlaku kekurangan zat besi dan akan mengalami tanda-tanda seperti lemah dan penat.
  • Nyamuk lebih cenderung untuk menghampiri perempuan daripada lelaki. Ini kerana nyamuk amat tertarik dengan bau estrogen iaitu hormon yang dihasilkan oleh perempuan.
Cuba kuiz (B.I) untuk menguji pengetahuan tentang sistem dalam badan manusia.
Organ Systems on PhotoPeach
 

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome