ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

 

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

 

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

 

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

 

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 

 

 
 
 
 
 
 
 

 

 





 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 

 

 

 

 

 
 

Ahad, 30 September 2012

Belajar Menerusi Televisyen Pada Masa Kontemporari ini

            Televisyen sebenarnya, boleh dianggap sebagai medium alternatif dalam mendapatkan sumber maklumat dan ilmu. Kajian di peringkat global menunjukkan secara purata, pelajar mampu mengingati sebanyak 50 peratus apabila mereka melihat dan mendengar berbanding 10 hingga 20 peratus apabila mereka membaca. 

            Kajian berkenaan juga menunjukkan teknologi baru memberi kesan pembelajaran yang lebih hebat dengan membenarkan pengguna untuk memiliki interaktiviti yang besar. Kajian lain pula menunjukkan pembelajaran multimodal melalui media seperti televisyen dan internet terbukti mencetuskan retensi mental dalam jangka panjang. 
Oleh itu, ramai kalangan penerbit menyediakan pelbagai program televisyen bercorak pendidikan untuk memberikan alternatif kepada pelajar mendapatkan bahan pembelajaran dan pendidikan (P&P) untuk pelajar. 

              Menyedari kesan positif daripada disiplin menonton televisyen atau interaktif di internet, saluran pendidikan Astro Tutor TV dijangka mampu melonjakkan minat pelajar mengikuti pembelajaran secara berkesan kerana modul yang disusun bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.

              Pelajar boleh belajar menerusi televisyen di saluran Astro Tutor TV tanpa gangguan dan program ini juga disiarkan selama 24 jam  tetapi sirinya adalah berbeza kerana ada banyak mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar yang ingin mengikuti tutorial secara bersendirian di rumah.

                Melalui pendekatan yang holistik, program ini menyediakan topik persiapan menghadapi peperiksaan. Program diatur membantu pelajar menguasai tajuk sukar termasuk nasihat mengenai strategi pembelajaran, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan.

                 Kesimpulannya, bukan sahaja di sekolah pelajar boleh belajar malah di rumah pun pelajar boleh belajar menerusi televisyen dengan kemudahan Astro Tutor TV. Secara majoritinya di sekolah pun terdapat kemudahan Astro di mana ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah anda. Bukan sahaja dengan saluran Astro Tutor kita boleh mendapat ilmu, tetapi menerusi saluran National Geography dan banyak lagi. Pada era kontemporari ini, pelbagai elemen yang kita dapat manfaatkan terutamanya dalam bidang pendidikan.

                     Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah kerajaan di seluruh negara mulai 18 Julai sehingga 23 September ini. Mereka boleh melayari http://www.astro.com.my/ untuk melihat sinopsis program dan jadual. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tutor TV, mereka boleh menghubungi talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my.

Pautan yang berkaitan : http://www.astro.com.my/tutortv/articles/art_9600.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Belajarmelaluitelevisyen/Article


Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Pengenalan Ilmu Penjana Pendidikan Kontemporari

           Ilmu Penjana Pendidikan Kontemporari?. Ilmu, penjana, pendidikan sudah kita maklum maksud perkataan tersebut. Tetapi tahukah anda maksud Kontemporari? Apabila ditanya, ada yang berpandangan kontemporari ini bermaksud, yang semasa atau terbaru. Ada juga yang berpendapat kontemporari ini bermaksud yang sudah lepas, silam, yang lama – lama dahulu dan sebagainya. Namun begitu, menurut Kamus Dewan Edisi ke – 4 kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu), pada masa kini. Dalam erti kata lain, Ilmu Penjana Pendidikan Kontemporari didefinasikan sebagai sesuatu bahan atau elemen yang dapat memberansangkan pendidikan pada era globalisasi ini. Oleh itu sudah terang lagikan bersuluh maksud kontemporari itu.

                Mengapakah pendidikan kontemporari dapat mejana ilmu? Hal ini demikian kerana, negara kita sedang giat maju berkembang dalam arus teknologi dan seiring dengan dunia sains. Oleh itu, disebabkan kecanggihan pada hari ini dapat diaplikasi atau digunakan dalam pendidikan. Berbagai-bagai idea dan inovasi mahupun langkah yang dilakukan bagi memantapkan pendidikan. Secara langsung, dengan idea-idea mahupun elemen-elemen yang berkaitan pendidikan digabungkan dengan menggunakan kecangihan teknologi pada hari ini, sama ada dengan buku-buku yang diterbitkan, pembelajaran ‘online’, dan sebagainya dapat memajukan sektor pendidikan dan melahirka generasi yang berguna kepada bangsa, negara mahupun agama. Secara ringkasnya, dengan adanya pendidikan kontemporari ini dapat membangkinkan ilmu pengetahuan.

                Tambahan lagi, dengan sumbangan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan dalam Bajet 2013 seperti yang kita sedia maklum. Dengan sumbangan baucar buku RM 250, nilai baucar ditambah dari RM200 untuk pelajar IPT dan Tingkatan Enam dan juga RM 100 bantuan persekolahan kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. PTPTN, Rumah, Cukai, sumbangan untuk isi rumah, untuk individu bujang, rebat one-off kepada belia dan lain-lain lagi, menjadi penjana ilmu. Kenapa pula? Sebab, dengan adanya sumbangan-sumbangan ini dapat meringankan beban bagi keluarga dimana taraf hidupnya yang rendah. Secara tidak langsung, wang-wang tersebut dapat digunakan untuk membeli buku-buku dan digunakan untuk pembelajaran. Pada masa yang sama, masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan semua pihak dapat diringankan dan memudahkan mereka untuk menuntut ilmu.

                Konklusinya, dengan adanya banyak pendidikan yang kontemporari dapat menjamin masa depan pelajar-pelajar. Bayangkan sekiranya kita masih dalam era pramoden, semestinya ilmu pengetahuan sama ada dalam bentuk ilmiah dan sebagainya sukar untuk kita cari, dan seperti katak di bawah temperungnya. Tetapi dengan adanya kemudahan seperti internet, semuanya berada hanya di hujung jari. Jadi dengan pembaharuan demi pembaharuan mahupun perkembangan yang dilakukan dalam pendidikan banyak manfaat dan kebaikannya. Insya-Allah. 



Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Khamis, 27 September 2012

PENDIDIKAN MUZIK KONTEMPORARI


Buku Pendidikan Muzik Kontemporari mengutarakan topik yang berkaitan dengan kurikulum serta pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik, khususnya di Malaysia. Ia membincangkan peranan pendidikan muzik dan pendidik muzik serta hubungan antara teori dengan amalan dalam pengajaran dan pengajaran pendidikan muzik kontemporari. Buku ini membawa anda meninjau isu utama pendidikan muzik tanah air dari pelbagai perspektif asas seperti sejarah, falsafah, sosiologi, psikologi dan pedagogi.


Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

TEKNIK PEMBELAJARAN KONTEMPORARI



Seiring dengan zaman kontemporari ini , teknik pembelajaran juga semakin maju ke hadapan. Terdapat sesetengah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke pusat tusyen berbayar malah, ada juga ibu
bapa yang sanggup berhabis wang ringgit membayar tutor untuk mengajar anak mereka di rumah. Tambahan
pula , turut terdapat ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka untuk belajar di laman web pendidikan meskipun, terpaksa membayar yuran bulanan yang agak tinggi. Bagi mereka biarlah wang ringgit mereka habis asalkan anak - anak mereka berjaya. ibarat kata pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Terdapat juga laman web pendidikan yang tidak berbayar. Malah, anak - anak boleh memuat turun soalan - soalan peperiksaan daripada laman web ini. Sebagai contoh laman web berikut:

http://101science.com/
http://www.kidsource.com/kidsource/content/learnscience.html
http://www.learningscience.org/
http://www.math.com/
http://www.intmath.com/
http://howtolearnmath.com/





Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Rabu, 26 September 2012

Jenis Kasut Yang Sangat Pelik!

 
 Pasti ramai di antara anda yang sangat menggemari kasut tumit tinggi yang mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Sebagai contoh 'peptoe' dan 'stilletto'. Bagi sesetengah pemakai , mereka berpendapat dengan mememakai kasut tumit tinggi, mereka dapat menambah keyakinan diri. Tetapi lain pula bagi sesetengah pihak yang bukan sahaja memakai kasut tumit tinggi malah kasut yang sangat pelik, contohnya gambar kasut di bawah:
 


Jangan terkejut pula jika anda mendapati harga kasut - kasut pelik seperti di atas boleh mencecah ratusan ringgit kerana bagi mereka biar berhabisan beratus -ratus ringgit asalkan mereka kelihatan lain daripada yang lain.


 


Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Jam Dinding yang Cool

 
 
Kebiasaanya,kita dapat melihat pelbagai jenis bentuk jam seperti bentuk bulat,empat segi dan bermacam-macam lagi.Ayuh kita melihat bentuk unik jam dinding di bawah ini!
 







 

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Go Green

SMK Iskandar Shah telah tercalon dalam Program Go Green sempena sokongan untuk memelihara kehijauan alam sekitar. Untuk pengetahuan pembaca, SMK Iskandar Shah mempunyai tidak kurang dari 4000 pokok. 











Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

1 KELUARGA 1 BUKU


PERINGATAN!!




Kepada semua pelajar diingatkan supaya dapat segera menyumbangkan buku bagi program 1 Keluarga 1 Buku . Sumbangan anda itu hendaklah diserahkan kepada guru tingkatan masing-masing..Kerjasama anda, kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih. 



Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

BASIKAL FLIZ


                                   BASIKAL FLIZ

Inilah basikal Fliz. Basikal yang tidak mempunyai  padel untuk mengayuh dan kerusi untuk duduk. Anda harus guna kaki untuk mengayuh manakala badan anda  pula akan tergantung-gantung. Masih lagi dalam fasa prototaip, basikal Fliz ini disasarkan untuk digunakan di kawasan bandar.

Berkenan ke dengan design basikal Fliz ini? Canggih sungguh rupanya kan. Sangat sesuai untuk mereka yang takut naik basikal sebab takut jatuh, tapi malu nak letak roda ke 3 di basikal. 

Dengan basikal Fliz ini, anda bukan setakat tak jatuh, malah begitu bergaya sekali ketika ke kedai membeli barang atau bersiar-siar di taman. 








Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

7 PERKARA AJAIB DI DUNIA

7 PERKARA AJAIB DI DUNIA

sering kita dengar 7 benda ajaib di dunia ini..
tapi jarang kita dapat pergi or melihat sendiri 
keunikkan dan keajaipan yang ada pada ketujuh-tujuh
benda ajaib ini.. so mari sini nak share
sikit sebanyak tentang 7 benda ajaib di dunia

1. Tembok Besar China



Tembok Besar China yang mempunyai lebih 24,000 pintu gerbang 
dan panjang 5,000 kilometer.

2. Piramid Giza Mesir


Piramid Giza keajaiban dari bangsa mesir kuno. 
Piramid yang dibina dengan 2,500,000 blok batu besar 
yang tersusun rapi.

3. Taj Mahal India

Taj Mahal istana yang dibina oleh Maharaja India, Shah Jahan 
untuk isterinya Mumtaz.
Pembinaan bermula lebih kurang 1632 dan  
telah disiapkan sekitar 1653

4. Candi Borobudur Jawa



Candi Borobudur tugu penganut agama Buddha di Magelang, 
Central Java, Indonesia. Tugu mengandungi enam pentas  
bersegi puncak oleh tiga pentas bulat , dan dihiasi dengan  
2,672 panel-panel bantuan dan 504 patung-patung Buddha.

5. Angkor Watt Kemboja


Angkor Watt di Kemboja
dibina untuk raja Suryavarman II dalam awal abad ke-12  
sebagai kuil kerajaannya dan bandar utama.
                                                                         SUMBER
6. Taman Tergantung Babylon



 Taman Tergantung Babylon yang dibina lebih 
3,000 tahun yang lalu
 Raja Neo- Babylon Nebuchadnezzar II,  
yang memerintah antara 605 dan 562 BC. 
Dia dilaporkan mempunyai membina taman-taman menggembirakan  
isteri merindui kampung halamannya, Amytis of Media, 
yang rindu untuk tumbuh-tumbuhan tanah airnya.
Taman-taman The dikatakan telah dimusnahkan oleh beberapa  
gempa bumi selepas abad kedua BC.

7. Menara Condong Pisa Itali


 Menara Pisa tingginya 55.86 m (183.27 kaki)
dari tanah di sisi terendahnya dan 56.70 m (186.02 kaki) 
di sisi tertingginya. Lebar dinding di tapak menara ini 
ialah 4.09 m (13.42 kaki) sementara di aras atas pula 
lebarnya 2.48 m (8.14 kaki).
Menara ini mempunyai 296 atau 294 anak tangga;
Menara ini condong sebanyak 3.97 darjah.

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Sabtu, 22 September 2012

Kuiz pengetahuan peringkat daerah DAN Mesyuarat Induk Pusat Sumber SMKIS 2012

PUSAT SUMBER SEKOLAH

Laporan Aktiviti 2012
(Pertandingan)

Komponen              :  Pusat Sumber
Aktiviti                     :  Kuiz pengetahuan peringkat daerah
Tarikh                     :  25 April 2012
Masa                      :  2.30 petang – 4.30 petang
Tempat                   : Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum, Merlimau
Peserta                  :  4 orang pelajar dari sekolah daerah Jasin
Kos sebenar          :  PUSTAKAM

Ulasan Aktiviti :
1. Pendaftaran peserta dan guru pengiring
2. Arahan dan peraturan kuiz dibacakan kepada peserta
3. Ujian bertulis dimulakan dan guru pengiring menjamu selera
4.Ujian bertulis tamat dan kertas soalan beserta jawapan dikumpulkan
5.Pemarkahan jawapan oleh guru pengiring dan peserta menjamu selera
6. Keputusan kuiz

Keputusan kuiz

 Johan          : SMK Iskandar Shah Jasin = Nurul Auni Bt Zuraimi  3 Berlian
                                                                 = Noor Idaya Bt Salim    3 Geliga
                                                                 = Ashaarthi                     3 Nilam
                                                                 = Nurul Khairiah             3 Geliga
 Naib Johan : SMK Nyalas
 Ketiga         : SMK Dang Anum

Saranan:

Tiada

Tindakan Susulan :

Membuat persediaan untuk ke peringkat seterusnya ( peringkat Negeri)

Disediakan oleh:
……………………………………..
(Pn Noradhilla Bt Arif)
Guru Perpustakaan dan Media







Laporan Bergambar










PUSAT SUMBER SEKOLAH

Laporan Aktiviti 2012
(Bukan Pertandingan)

Komponen              :  Pusat Sumber
Aktiviti                     :   Mesyuarat Induk Pusat Sumber SMK Iskandar Shah 2012
Tarikh                     :  16 Januari 2012
Masa                      :  3.00 petang – 5.00 petang
Tempat                   :  Bilik Tayang, SMK Iskandar Shah,Jasin
Peserta                  :   Semua guru SMK Iskandar Shah,Jasin
Kos sebenar          :   Tiada

Ulasan Aktiviti :
1. Ucapan oleh Pengerusi
2. Taklimat oleh guru perpustakaan dan media
3. Pembentangan KPI, Dasar Pusat Sumber ,Belanjawan dan Pelan Strategik

Saranan:

Tiada

Tindakan Susulan :

Melaksanakan semua aktiviti yang dirancang .
Guru dapat menggunakan pusat sumber mengikut garis panduan yang betul


Disediakan oleh:


…………………………………………..
(Pn Noradhilla Bt Arif)
Guru Perpustakaan dan Media






Laporan Bergambar









PUSAT SUMBER SEKOLAH

Laporan Aktiviti 2012
(Bukan Pertandingan)

Komponen              :  Pusat Sumber
Aktiviti                     :   Orientasi Pusat Sumber Tingkatan 1 (2012)
Tarikh                     :  5 Januari 2012
Masa                      :  10.00 pagi – 11.00 pagi
Tempat                   :  Dewan , SMK Iskandar Shah,Jasin
Peserta                  :   Semua pelajar Tingkatan 1 SMK Iskandar Shah,Jasin
Kos sebenar          :   Tiada

Ulasan Aktiviti :
1. Ucapan oleh Pengerusi
2. Taklimat Pusat Sumber oleh guru perpustakaan dan media


Saranan:

Tiada

Tindakan Susulan :

Para pelajar dapat menggunakan Pusat Sumber dengan baik sepanjang menjadi pelajar SMK Iskandar Shah.

Disediakan oleh:


…………………………………………..
(Pn Noradhilla Bt Arif)
Guru Perpustakaan dan Media










Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome