ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

 

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

 

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

 

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

 

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 

 

 
 
 
 
 
 
 

 

 





 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 

 

 

 

 

 
 

Khamis, 1 November 2012

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM)

Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM)



Pertandingan Akhir Membina Blog Pusat Sumber anjuran Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) telah dijalankan pada 1 November 2012 di Kolej Vokasional Datuk Seri Mohd Zin, Alor Gajah Melaka. Pada peringkat awal, sebanyak 45 buah sekolah menengah telah menghantar penyertaan. Walau bagaimanapun hanya 10 buah sekolah telah terpilih untuk membentangkan hasil kerja mereka. Pertandingan ini telah diadili oleh empat orang hakim yang bijaksana. 

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Kebaikan dan keburukan Facebook

Kebaikan dan keburukan Facebook

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada era globalisasi ini, penggunaan laman sosial seperti Facebook semakin berkembang dalam kalangan penduduk Malaysia mahupun seluruh dunia.Terdapat berberapa kebaikan dan keburukan.
      Antaranya adalah berfacebook boleh merapatkan perhubungan antara sahabat handai, saudara mara dan keluarga yang tinggal jauh kerana mudah berhubung walau dimana mereka berada dengan lebih cepat dan pantas.

Disamping itu boleh menambah kenalan dan bersua kembali sahabat lama yang bertahun-tahun terpisah.Ada juga yang membenih rasa cinta dan setia di ikatan perkahwinan atau percintaan sesama rakan facebook.
 
Dengan berfacebook juga kita dapat bertukar-tukar fikiran, memperolehi kenangan lama, berkongsi suka dan duka.Pelbagai cara kita boleh memperolehi maklumat melalui kenyataan, bualan, video dan gambar-gambar yang dipaparkan oleh kawan dan rakan.

Namun dalam sesuatu kebaikan itu wujud juga keburukan berfacebook seperti menyalah gunakan facebook untuk mengumpat keji, menghina rakan yang tidak sehaluan, menyumpah seranah serta memburukkan seseorang. 

Tidak kurang juga melahirkan golongan tertentu mengaut laba keuntungan, penipuan atau menggalakkan perkelahian. Berfacebook tanpa ilmu juga boleh membazirkan masa kerana terlalu lama melayari facebook terjebak dalam ketagihan.

Kelekaan berfacebook sehingga lupa mengerjakan atau lewat menjalani kewajipan perintah Tuhan.Melanggar arahan ibubapa dan membelakangi nilai moral serta melanggar tatasusila adat dan resam.

Kakitangan di pejabat juga ada yang mencuri masa bekerja mengambil kesempatan berfacebook yang menyebabkan tugasannya tertangguh.Ada dikalangan mereka lebih mengutamakan berfacebook dari bekerja.
 
Oleh itu dalam mengejar kebaikan Facebook, janganlah kita leka, lalai dan lupa pada keburukannya. Pandai-pandailah kita mengisi masa berfacebook.Baik buruknya terletak pada hati dan kebijaksanaan menilai dan mengurus masa.
  
Kesimpulannya sebaik-baik dan seelok-eloknya facebook digunakan untuk mempereratkan hubungan dan  pelbagai faedah kebaikan untuk diri dan masyarakat serta elakkan penyalahgunaan facebook yang  adakalanya membenih permusuhan dan kemusnahan.

Tepuk dada tanya selera !

credit : tokwanmatarun

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

ulasan buku : A doctor In The House karya Tun Dr. Mahathir

A Doctor In The House karya Tun Dr. Mahathir

Oleh Jamhariah Jaafar
BERITA HARIAN, 12 MAC 2011




Beliau diberi pelbagai nama dan label – diktator, Melayu ultra, rasis, keras kepala – namun pemimpin ini yang naiknya penuh dengan cabaran, perjalanan politiknya amat berliku dan turunnya penuh dengan kejutan diiringi dengan air mata, sebelum disisih sekali lagi dan kini masih memerhati dengan serius setiap gerak pembangunan negara. Terkenal di seluruh dunia – bukan sebagai ‘pak turut’ tetapi sebagai pemimpin lantang, tidak gentar meluahkan pandangan, berani mengubah dasar antarabangsa negara, tegas apabila berhadapan dengan pemimpin besar dunia kelas pertama dan paling penting meletakkan Malaysia serta bangsa Melayu di persada yang luar biasa hebatnya. Itulah Tun Dr Mahathir Mohamad – perjalanan hidupnya penuh dengan cerita. Setiap langkah diambil mengambil kira kemajuan anak bangsa dan negara. Beliau pernah dipecat daripada parti (UMNO) tetapi keberanian dan ketegasannya dihormati ramai, dipuji hebat, dikritik dan dikutuk dengan amat sadis namun setiap kali hampir tersungkur dia akan bangun dengan lebih gah daripada sebelumnya


Ramai tidak faham kebanyakan tindakan dan keputusan. Ramai tertanya-tanya mengapa Dr Mahathir berbuat itu dan ini sepanjang pentadbiran selama 22 tahun, terutama mengapa beliau kelihatan mempunyai begitu banyak musuh daripada Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan paling kritis, Datuk Seri Anwar Ibrahim.  Semua soalan akhirnya menerima jawapan. Penyokong, peminat dan musuh akhirnya mengetahui isi hati pemimpin paling kontroversi dan paling gah dalam sejarah Malaysia melalui buku yang ditulisnya sendiri A Doctor In The House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad.  Buku setebal 843 muka surat ini bukan saja menceritakan kisah hidupnya, bahkan menjelaskan segala persoalan mengenai pelbagai isu, kes dan peristiwa, termasuk asal usul sejarah yang berkaitan.  Membuka tirai bab pertama ‘Menjadi Perdana Menteri’ (Becoming Prime Minister), Dr Mahathir menggarapkan pelbagai peristiwa pahit manis sejak beliau mula menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981.

Bab ‘I am A Malay’ (Saya Seorang Melayu) membuatkan mata berkaca, kerana sudah agak lama tidak mendengar negarawan ini berucap – membakar semangat sebagai anak Melayu yang tidak gentar untuk menghadapi apa juga cabaran dan halangan.  Dr Mahathir menyentuh mengenai Tanah Melayu yang dijajah selama 450 tahun membuatkan bangsa Melayu tidak pernah menjadi tuan di negara sendiri, pengenalan Malayan Union oleh British adalah kes pertama di mana bangsa Melayu bangkit menentang secara lantang.  Penceritaannya di dalam setiap bab amat mengagumkan. Mungkin ada nama yang disebut tidak setuju dengan penjelasan diberi, namun setiap pihak mesti tahu ini adalah luahan daripada persepsi Dr Mahathir.  Semua kes dan isu, termasuk membabitkan permusuhannya dengan Tunku Abdul Rahman, hubungan dengan pemimpin UMNO, tragedi yang memecah belahkan UMNO pada 1987, kes membabitkan pemecatan Ketua Hakim Negara, Ops Lalang, Perwaja, malahan cerita mengenai Anwar Ibrahim – dari zaman pelajar, memasuki UMNO sehingga beliau dipecat – ditulis dengan jelas.

Walaupun ada kenyataan dan cerita yang nampak berulang, namun ia tidak mencacatkan buku ini kerana ia adalah cara Dr Mahathir untuk memastikan setiap pembaca tahu apa yang dimaksudkan.  Jika membaca dengan ikhlas, ramai dapat melihat Dr Mahathir juga adalah seorang manusia biasa yang penuh dengan angan-angan, impian, kebimbangan dan disulami dengan kasih sayang sebagai seorang pemimpin, bapa dan suami.  A Doctor In The House adalah sebuah memori yang wajib dimiliki setiap rakyat Malaysia. Ia bukan saja buku yang menceritakan pemikiran seorang pemimpin agung negara, bahkan mengandungi sejarah yang selama ini hanya sekadar cakap dengar (hearsay).

credit : Farihinzul

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Tentang tidur

Fakta Menarik Tentang Tidur




Masalah gangguan hormon kortikosteron ini boleh diatasi setelah anda mendapat tidur yang nyenyak selama seminggu. 

Tapi jangan pula menghabiskan waktu yang berlebihan untuk tidur. Umumnya waktu tidur normal seseorang adalah 7 jam. Namun ramai yang hanya menghabiskan waktu untuk tidur dan istirahat selama 5 jam saja. 

Rupanya waktu tidur yang tidak normal ini boleh mendatangkan risiko masalah kardiovaskular.Hal ini berisiko besar terhadap gangguan jantung. Biasanya ini akan membuat detak jantung anda tidak normal. Tidur boleh jadi penyembuh yang baik. Pada saat inilah pertumbuhan organisme tubuh.

Sebagai contoh tidur boleh menumbuhkan tingkat hormon pertumbuhan dan menganti sistem imune. Pada orang dewasa, kurang tidur boleh menimbulkan depresi berat. Dalam keadaan kurang tidur yang parah, depresi akan bertambah ditambah otak tak boleh berpikir dengan betul, banyak kes bunuh diri juga dikatakan kerana kurang tidur. Amboi…bahaya tue. 

=>Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari. 
=>Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit). 
=>Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan. 
=>Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan. 
=>Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti. 
=>Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu. 
=>Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain. 
=>Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak. 
=>Saat kita sedang tidur nyenyak, nafas, detak jantung dan tekanan darah berada dalam tingkat yang paling rendah. 
=>Saat kita sedang bermimpi, otak biasanya bekerja mencari pengalaman serupa yang pernah terjadi ketika kita sedang dalam keadaan sedar. 
=>Banyak orang menderita insomnia adalah pengaruh dari rasa bimbang dan depresi. Dan rata-rata penderita insomnia paling tinggi adalah wanita dan orang tua. 
=>Rata-rata orang bangun sekitar 6 kali setiap waktu mereka tidur. 
=>Suhu tubuh akan menurun secara drastik menjelang pagi. Biasanya titik paling rendah adalah sekitar jam 4 pagi. Kemudian akan naik lagi setelah matahari terbit. 
=>Walaupun kita sedang tertidur nyenyak, ada beberapa bagian dari tubuh kita yang boleh menerima suara atau signal dari sekitar. Itulah sebabnya mengapa kaum ibu selalu bangun ketika bayinya menangis.”

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Sila layari:-
http://faktafaktamenarik.com/fakta-menarik-tentang-tidur.html?

credit : Mari Belajar

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Pencapaian Pusat Sumber SMKIS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pusat Sumber Sekolah juga telah menyertai Pertandingan JEJAK MAKLUMAT PERINGKAT NEGERI MELAKA di Dataran Bestari BTP. Melaka. pada 30 Oktober 2012



Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome