ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

 

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

 

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

 

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

 

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 

 

 
 
 
 
 
 
 

 

 





 

 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
 
 

 

 

 

 

 
 

INFO SEKOLAH

SMK ISKANDAR SHAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah (dikenali sebagai SMKIS) ialah sebuah sekolah menengah berasrama puteri harian yang dibina di sebuah bukit kecil dengan kawasan seluas lebih kurang 13 ekar. SMKIS merupakan antara sekolah cemerlang di daerah Jasin, Melaka dan memperoleh pelbagai anugerah dan pencapaian. Kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar telah mengharumkan nama sekolah sehingga ke peringkat kebangsaan. Pada tahun 2010, SMKIS muncul sebagai sekolah terbaik dalam PMR 2010 apabila seramai 67 orang mendapat 8A dan 17 orang mendapat 7A, manakala pada tahun 2011, seramai 65 orang mendapat straight A (termasuk 8A dan 7A). Bagi mengekalkan prestasi ini, SMK Iskandar Shah masih giat berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dari aspek akademik, kokurikulum dan sahsiah di negeri Melaka.

FALSAFAH SEKOLAH

Semua murid mempunyai potensi untuk menjadi manusia yang berilmu dan bersahsiah mulia. Melalui pendidikan yang berkesan dan bimbingan yang berteraskan ketuhanan diharap dapat melahirkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. 


VISI SEKOLAH
SMK Iskandar Shah akan menjadi sekolah gemilang negeri Melaka menjelang tahun 2015 


MISI SEKOLAH

  • Membangunkan modal insan dengan ilmu pengetahuan melalui kaedah P&P yang berkesan. 
  • Menggerakkan dan memantapkan aktiviti kokurikulum supaya dapat mengembangkan bakat pelajar ke tahap optimum dengan membina negara bangsa. 
  • Menanamkan rasa kasih-sayang pelajar sekolah ini terhadap rakan-rakan, guru-guru dan sekolah. Sentiasa menjaga nama baik sekolah dan seluruh warganya demi melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. 
  • Memastikan semua guru dan kakitangan sokongan mengamalkan budaya kerja cemerlang dan kerja secara berpasukan demi memartabatkan profesion keguruan 

SOROTAN 



ERA ICT SMKIS 



Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome