ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 
Ahad, 30 September 2012

Pengenalan Ilmu Penjana Pendidikan Kontemporari

           Ilmu Penjana Pendidikan Kontemporari?. Ilmu, penjana, pendidikan sudah kita maklum maksud perkataan tersebut. Tetapi tahukah anda maksud Kontemporari? Apabila ditanya, ada yang berpandangan kontemporari ini bermaksud, yang semasa atau terbaru. Ada juga yang berpendapat kontemporari ini bermaksud yang sudah lepas, silam, yang lama – lama dahulu dan sebagainya. Namun begitu, menurut Kamus Dewan Edisi ke – 4 kontemporari bermaksud pada masa yang sama, semasa atau sesama (dengan seseorang atau sesuatu), pada masa kini. Dalam erti kata lain, Ilmu Penjana Pendidikan Kontemporari didefinasikan sebagai sesuatu bahan atau elemen yang dapat memberansangkan pendidikan pada era globalisasi ini. Oleh itu sudah terang lagikan bersuluh maksud kontemporari itu.

                Mengapakah pendidikan kontemporari dapat mejana ilmu? Hal ini demikian kerana, negara kita sedang giat maju berkembang dalam arus teknologi dan seiring dengan dunia sains. Oleh itu, disebabkan kecanggihan pada hari ini dapat diaplikasi atau digunakan dalam pendidikan. Berbagai-bagai idea dan inovasi mahupun langkah yang dilakukan bagi memantapkan pendidikan. Secara langsung, dengan idea-idea mahupun elemen-elemen yang berkaitan pendidikan digabungkan dengan menggunakan kecangihan teknologi pada hari ini, sama ada dengan buku-buku yang diterbitkan, pembelajaran ‘online’, dan sebagainya dapat memajukan sektor pendidikan dan melahirka generasi yang berguna kepada bangsa, negara mahupun agama. Secara ringkasnya, dengan adanya pendidikan kontemporari ini dapat membangkinkan ilmu pengetahuan.

                Tambahan lagi, dengan sumbangan dan bantuan yang diberi oleh kerajaan dalam Bajet 2013 seperti yang kita sedia maklum. Dengan sumbangan baucar buku RM 250, nilai baucar ditambah dari RM200 untuk pelajar IPT dan Tingkatan Enam dan juga RM 100 bantuan persekolahan kepada setiap murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5. PTPTN, Rumah, Cukai, sumbangan untuk isi rumah, untuk individu bujang, rebat one-off kepada belia dan lain-lain lagi, menjadi penjana ilmu. Kenapa pula? Sebab, dengan adanya sumbangan-sumbangan ini dapat meringankan beban bagi keluarga dimana taraf hidupnya yang rendah. Secara tidak langsung, wang-wang tersebut dapat digunakan untuk membeli buku-buku dan digunakan untuk pembelajaran. Pada masa yang sama, masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dan semua pihak dapat diringankan dan memudahkan mereka untuk menuntut ilmu.

                Konklusinya, dengan adanya banyak pendidikan yang kontemporari dapat menjamin masa depan pelajar-pelajar. Bayangkan sekiranya kita masih dalam era pramoden, semestinya ilmu pengetahuan sama ada dalam bentuk ilmiah dan sebagainya sukar untuk kita cari, dan seperti katak di bawah temperungnya. Tetapi dengan adanya kemudahan seperti internet, semuanya berada hanya di hujung jari. Jadi dengan pembaharuan demi pembaharuan mahupun perkembangan yang dilakukan dalam pendidikan banyak manfaat dan kebaikannya. Insya-Allah. 

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome