ANJUNG BAHASA

:: PANTUN PILIHAN

ASSALAMUALIKUM, SALAM SEJAHTERA SALAM 1 MALAYSIA, SALAM MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU..

Buah ara batang dibantun,

Mari dibantun denga parang;

Hai saudara dengarlah pantun,

Pantun tidak mengata orang.

Mari dibantun dengan parang,

Berangan besar didalam padi;

Pantun tidak mengata orang,

Janganlah syak didalam hati.

Berangan besar didalam padi,

Rumpun buluh dibuat pagar;

Jangan syak didalam hati,

Maklum pantun saya baru belajar.

Rumpun buluh dibuat pagar,

Cempedak dikerat-kerati;

Maklumlah pantun saya belajar,

Saya budak belum mengerti.

(Sumber : INSTITUT KAJIAN SEJARAH DAN PATRIOTISME MALAYSIA)
 
Ahad, 30 September 2012

Belajar Menerusi Televisyen Pada Masa Kontemporari ini

            Televisyen sebenarnya, boleh dianggap sebagai medium alternatif dalam mendapatkan sumber maklumat dan ilmu. Kajian di peringkat global menunjukkan secara purata, pelajar mampu mengingati sebanyak 50 peratus apabila mereka melihat dan mendengar berbanding 10 hingga 20 peratus apabila mereka membaca. 

            Kajian berkenaan juga menunjukkan teknologi baru memberi kesan pembelajaran yang lebih hebat dengan membenarkan pengguna untuk memiliki interaktiviti yang besar. Kajian lain pula menunjukkan pembelajaran multimodal melalui media seperti televisyen dan internet terbukti mencetuskan retensi mental dalam jangka panjang. 
Oleh itu, ramai kalangan penerbit menyediakan pelbagai program televisyen bercorak pendidikan untuk memberikan alternatif kepada pelajar mendapatkan bahan pembelajaran dan pendidikan (P&P) untuk pelajar. 

              Menyedari kesan positif daripada disiplin menonton televisyen atau interaktif di internet, saluran pendidikan Astro Tutor TV dijangka mampu melonjakkan minat pelajar mengikuti pembelajaran secara berkesan kerana modul yang disusun bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar.

              Pelajar boleh belajar menerusi televisyen di saluran Astro Tutor TV tanpa gangguan dan program ini juga disiarkan selama 24 jam  tetapi sirinya adalah berbeza kerana ada banyak mata pelajaran ditawarkan kepada pelajar yang ingin mengikuti tutorial secara bersendirian di rumah.

                Melalui pendekatan yang holistik, program ini menyediakan topik persiapan menghadapi peperiksaan. Program diatur membantu pelajar menguasai tajuk sukar termasuk nasihat mengenai strategi pembelajaran, motivasi diri, pengurusan masa dan kepentingan menjaga kesihatan menjelang peperiksaan.

                 Kesimpulannya, bukan sahaja di sekolah pelajar boleh belajar malah di rumah pun pelajar boleh belajar menerusi televisyen dengan kemudahan Astro Tutor TV. Secara majoritinya di sekolah pun terdapat kemudahan Astro di mana ditempatkan di Pusat Sumber Sekolah anda. Bukan sahaja dengan saluran Astro Tutor kita boleh mendapat ilmu, tetapi menerusi saluran National Geography dan banyak lagi. Pada era kontemporari ini, pelbagai elemen yang kita dapat manfaatkan terutamanya dalam bidang pendidikan.

                     Astro Tutor TV boleh didapati secara percuma oleh semua pelanggan Astro termasuk sekolah kerajaan di seluruh negara mulai 18 Julai sehingga 23 September ini. Mereka boleh melayari http://www.astro.com.my/ untuk melihat sinopsis program dan jadual. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Tutor TV, mereka boleh menghubungi talian 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my.

Pautan yang berkaitan : http://www.astro.com.my/tutortv/articles/art_9600.html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Belajarmelaluitelevisyen/Article

Terima kasih kerana sudi membaca entry kami :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hakcipta© Tersendiri PSS SMK Iskandar Shah Jasin. Sesuai untuk resolusi dengan sokongan paparan Chrome